Book Review : Magisial
" A peculiar and weird story that full with twist and turn."
Aku tak tau nak mula dari mana. Cerita ni buat aku highly thinking. There's a lot of praise that i want to remaks here. Jadi, aku sendiri pun tak pasti where my starting point. Okey lah. Kita start dengan writting style dula la. Pada pendapat aku, penulis ada satu skill sets of writting yang menarik dan lain dari yang lain. Dia macam senang nak faham at the same time macam susah nak faham ๐. You found yourself having conflicted nak tau ending cerita ni macam mana. Sebab sukar nak jangkakan ending dia kearah mana. Senang cite, cerita dia tak cliche dan tak predictable.
Aku sangat sangat dan saangaaat suka love story dalam cerita ni. Love story antara Jen dan Zahran. Penulis tak buat kisah cinta dorang ni overly cringe or cheesy - itu yang aku suka. Sweet dia secukup rasa dan secukup gula. Kadang-kadang dorang ni ada vibes macam ala-ala kdrama. They never leave their encounter tu without leaving a spark. Jujurnya, aku takut dengan relationship dorang ni sebab dari awal lagi penulis dah marked ayat "Permaianan ilusi mengelirukan mereka yang melihat" ni. Aku macam having a trust issue like should i trust them? are they real? do they get happy ending? Itulah yang bermain dalam fikiran aku sepanjang pembacaan. Sebab aku tau bila aku dah suka dengan satu-satu cerita, pengharapan aku pun semakin tinggi dan bila tak jadi aku mungkin akan kecewa. But guess what- aku puas hati dengan ending.
Mula-mula aku ingat tajuk Magisial ni diambil daripada perkataan bahasa inggeris, Magicial. Nak buat tajuk yang ada style urban plus unique kut kan. The things is perkataan Magicial tu sendiri takde dalam bahasa inggeris tau tapi aku buat research ada dalam kamus urban. Mungkin ayat baru yang direka dan diterima oleh masyarakat. Malangnya, sangkaan aku tidak tepat lah. Dalam buku tu sendiri ada kisah macam mana dan kenapa tajuk magisial tu diambil. It was interesting cause rase macam kita baca buku dalam buku.
Walaupun aku banyak bercakap tentang elemen romance dalam ulasan aku. Sekarang aku nak bagitau kat korang, dalam satu buku yang mempunyai 337 muka surat ni ada macam-macam genre dimainkan. Ibarat satu full plate yang ada segala karbo, protein, vitamin c dan macam-macam lagi. Penulis bagi satu kepuasan sebab aku boleh mengembara dari satu genre ke satu genre yang lain. Yang pasti buku ni underratedly good and fun to read. Sayangnya sebab tak ramai baca dan mengulas buku ni. Ada satu kenalan aku yang bagitau buku ni agak kurang tapi itulah selain daripada good reviews aku nak juga baca bad reviews daripada pembaca yang lain. Nak tau other people opinions and perspectives. Bukanlah aku bermaksud buku ni perlukan bad reviews tapi tak semestinya semua orang akan suka apa yang kita suka kan.
Satu perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam penghasilan buku yang berkualiti ialah editor. Aku mengharapkan editor kurangkan melakukan kesilapan dari segi tatabahasa, pengulangan ayat etc. Editor ada satu tanggungjawab yang crucial untuk memastikan kualiti buku tu terjamin. Kadang-kadang ada pembaca yang terpaksa bagi rating yang rendah disebabkan kesalahan tatabahasa dan typo yang banyak. Sedangkan cerita tu dah menarik. Macam apa yang tengah berlaku kat aku sekarang. Aku nak bagi rating yang tinggi tapi disebabkan hal-hal seperti ini aku terpaksa rendahkan sikit. Rating aku untuk Magisial ni antara 4.5 - 5.
Apa-apa pun usaha penulis dan penerbit dalam penghasilan buku Magisial ni amatlah saya puji. Berani mencabar diri dan melakukan perubahan dalam industri penulisan tanah air. Macam yang aku cakap, Magisial sangat seronok dibaca. Aku jugak menantikan buku-buku baru dari JUN (author of Magisial) sebab aku tau she potentially can write and can tell a story really well. Thank you for creating Magisial.
More of me in
Instagram : https://www.instagram.com/ainsreading/
Goodreads : https://www.goodreads.com/ainsread
Comments
Post a Comment
Hi, thank you for clicking, visitting and reading my blog. Feel free to share anything with me. XOXO